KISAH INSPIRASI : BELI RUMAH RM100,000+ WALAU BELUM SETAHUN KERJA
Kali ni En Arkitek nak sharekan kisah seorang lelaki yang bernama Ghazali (nama sebenar) tentang bagaimana beliau mampu beli rumah pertama beliau walau belum setahun dia bekerja. Yer, ni kisah En Arkitek sendiri sewaktu usia seawal 26 tahun.
EA agak lambat tamat belajar berbanding rakan2 EA, pada kadar biasanya seseorang tu boleh tamatkan Ijazah Sarjana Muda seawal usia 24 tahun, tapi EA ni lain pulak ceritanya. 2 tahun lewat dari orang lain masuk UNI atas sebab2 yang tertentu.
Tapi kisah yang EA nak sharekan kali ni bukan lah kenapa EA lambat belajar, tapi macam mana EA boleh beli rumah pertama EA kurang dari setahun EA dapat kerja tetap. Mungkin kisah ni dapat memberi inspirasi pada golongan muda yang baru melangkah keluar dari menara gading ke dunia pekerjaan.
EA bukan lah datang dari keluarga berada. EA berasal dari Pontian, Johor, EA dibesarkan dengan hasil koko, kelapa, kopi dan sawit. Terus terang sewaktu EA mula bekerja, EA memang takde simpanan langsung. Zero. Maklumlah, baru nak mulakan hidup.
Tapi EA dah tetapkan satu objektif kewangan pertama EA masa tu. EA nak ada rumah sendiri. Itu adalah benda pertama EA nak beli bila EA dah ada income sendiri. Walaupun EA sendiri sebenarnya tak tau prosedur pembelian rumah langsung.
Ditakdirkan satu hari minggu tu EA jalan2 di sebuah mall di Bangi dan adalah syarikat construction ni tengah promote rumah yang dalam proses pembinaan lagi dekat satu kawasan yang tak jauh dari Bangi. EA pun pergi lah tengok show house nyer, rumah teres setingkat dan pada EA, kawasan tu kira menarik walaupun baru naik.
EA memang langsung tak tau faktor apa yang kita kene ambil kira sebelum decide nak beli sesebuah rumah tu. Ni kira main terjah jer. EA pun letak la duit booking dulu dalam beberapa ratus masa tu dengan dokumen lain yang terlibat. Then developer ni deal kan dengan bank.
Lepas tak berapa lama, bank call untuk buat offering. Masa tu bank yang call tu namanya Southern Bank (sekarang dah merge under CIMB). Masa tu baru lah EA tau, nak beli rumah kene downpayment 10%. (mana lah kita belajar mende2 ni, maklumlah budak kampung baru masuk bandar)
Masa tu agak gelabah lah, mana nak cari DP dalam anggaran dekat2 15K ni. Gatal nak beli rumah sangat, patut selidik lah dulu. Dahlah simpanan pun takde lagi. Nak kumpul 15K pun kurang2 setahun setengah juga. Gaji dah la tak besar mana masa tu, baru 2,300 sebulan, kalau simpan RM1,000 sebulan pun, mau juga setahun setengah baru boleh bayar downpayment.
Tapi masa tu EA yakin, mesti ada jalan. Alhamdulillah, tanya2 dengan kawan, ada kawan tu bagi suggestion, cuba buat personal loan. Masa tu interest untuk PL agak tinggi juga, EA buat PL dengan Bank Islam 15K dengan kadar 7% untuk tempoh 7 tahun.
Alhamdulillah dengan cara ni EA berjaya dapat rumah pertama EA. Masa tu gaji EA tu dibahagikan macam ni:
Gaji = RM2,200.00
Hutang :
Rumah = RM587.00
PL = RM226.00
PTPTN = RM150.00
Total = RM963.00
Belanja :
Sewa bilik = RM200.00
Makan = RM300.00
Petrol = RM150.00
Mak/Ayah = RM350
Total = RM1,000.00
Simpanan = RM250
Mesti ada yang tertanya, kenapa ada sewa pulak bila dah beli rumah sendiri. Yerlah sementara tunggu rumah nak siap, kene lah menyewa dulu.
EA bukan kata ni keputusan terbaik yang EA buat dalam hidup. Tapi ramai lepasan uni sekarang, target nak beli kereta dulu lepas dapat kerja, bebankan diri dengan liability yang lepas 5-6 tahun, nilai nya semakin susut. EA dulu rela naik moto kapcai je pergi kerja walau pun jawatan Jurutera Sistem masa tu.
Apa yang EA nak tekankan kat sini, “You don’t need to impress other with your liabilities that burden you, but impress them and yourself on your Net Worth that will lighten the Future You”.
Untuk lebih tips kewangan, boleh join channel telegram EA kat sini https://t.me/arkitekwang
