Saturday, 27 July 2019

9 LANGKAH BEBAS HUTANG YANG PRAKTIKAL



Ramai yang ada masalah susah nak selesaikan hutang sebab selalu beranggapan macam mana bayar pun, hutang tetap still bertambah. Hutang kredit kad, hutang kereta, hutang pinjaman peribadi, hutang rumah, paling ngeri hutang ceti (ada lagi ke?) aka ALONG.


Masalah hutang ni dari dulu memang dah wujud, sebab tak ada satu cara yang sesuai untuk selesaikan masalah hutang setiap orang. Setiap orang ada masalah yang berbeza, komitmen yang berbeza, perbelanjaan yang berbeza.


Jika wujudnya soalan2 macam ni dalam hidup anda, ini jawapan yang paling sesuai EA boleh beri;

BOLEH KE SAYA NAK BAYAR HUTANG2 NI?

Jawapannya YA, mungkin ada masa anda akan rasa kan TAK, tapi sebenarnya anda perlukan yakin yang jawapannya YA, YA dan YA!!


MACAM MANA SAYA NAK YAKIN DENGAN JAWAPAN YA TU?

Sebab orang lain yg pendapatan lebih rendah pun, boleh selesaikan masalah hutang ni, so kenapa anda tidak?


MACAM MANA DIORANG BUAT?

Seperti EA katakan, tak ada satu cara yang sesuai untuk semua orang, tapi asas nya masih perlu ada, dan EA kongsikan 9 LANGKAH BEBAS HUTANG yang perlu diamalkan untuk boleh kan anda bebas hutang dgn lebih cepat.




Biasanya sesiapa yg gagal nak selesikan hutang mereka ni adalah orang yg tak tau berapa jumlah sebenar hutang mereka. Asas paling penting, kenalpasti dulu hutang apa yang kita ada dan berapa jumlahnya, kemudian kira berapa jumlah hutang yang keseluruhan. Jadi kita boleh kenalpasti setiap satu tunggakan yang masih kita perlu selesaikan.





Hutang yang kita dah senaraikan mesti ada tempoh yg kita perlu selesaikan, betul? Tulis dulu berapa lama tempoh yang kita perlu selesaikan pada setiap hutang supaya kita boleh kenalpasti berapa lama sebenarnya tempoh yg kita masih lagi kene lalui. Dah? Sekarang tulis berapa lama sebenarnya kita nak selesaikan hutang2 tersebut. Tempoh sebenar katakan 9 tahun, cuba tetapkan jadi lebih awal macam 5 tahun, boleh?





Dah kira jumlah semua hutang, sekarang barulah kita boleh tentukan berapa bajet yang kita perlukan utk selesaikan semua hutang kita. Kat situ kita dah boleh tau, dengan hutang banyak ni, dalam tempoh yang kita dah tentukan, berapa bajet sebenar yang kita perlukan.

























Kadang2 kita dah olah bajet kita untuk boleh bayar hutang2 kita, tp dah “cannot go” sampai tahap dah ikat perut.

Jangan lah sampai mcm tu sekali, sekarang ni banyak cara boleh buat pendapatan sampingan yg kita boleh cuba buat.

Tapi jangan lah sampai abaikan kerja yg jd pendapatan utama kita pulak. Melainkan “part-time job” tu dah boleh atasi pendapatan utama, boleh la nak consider
























Menyelesaikan hutang memang merupakan kerja yang susah dan berat. Perlukan kerja keras kita untuk selesaikan setiap satu hutang yang kita ada.

Maksudnya, nak selesaikan hutang, jangan lah dalam masa yang sama tambah hutang lagi. Keraskan hati, tetapkan matlamat untuk tak mengulangi hidup penuh dikelilingi hutang.

Disiplin tu penting yer.












Pejam jer lah mata tengok apa2 SALE tu buat masa ni. Jangan ditoreh luka yang baru nak baik. Utamakanlah KEPERLUAN berbanding KEMAHUAN buat tempoh masa ni. Kalau tak, memang selamanya lah kita bekerja untuk bank.






















Kene tau hutang mana yang nak settlekan dulu. Semua hutang kene bayar, tapi kalau kita pandai letak priority, lebih senang dan lebih cepat kita boleh selesaikan hutang kita, lebih banyak duit kita boleh jimatkan.








Kalau kita fikir pasal semua hutang, memang pening. Jadi fokus pada satu hutang yang kita perlu nak kene selesaikan dulu. 

Bukan bermakna kita tak bayar hutang yang lain, tapi yang mana kita perlu lebih utama kan dulu untuk kita selesaikan dengan cepat.

Letakkan priority pada yg lebih penting dulu










Jangan kita pandang pada tempoh untuk kita selesaikan hutang, sebab kita akan rasa tempoh tu terlalu lama.

Hutang kalau kita bayar, pasti akan susut. Bila kita dah rancang dengan baik, kita cuma perlu ikut rancangan yang dah disediakan untuk kita bayar setiap bulan.

Untuk panduan dan khidmat nasihat PERCUMA, anda boleh hubungi saya secara terus untuk saya bantu dengan cara yang strategik tentang bagaimana kaedah penyelesaian hutang yang lebih berkesan.