MAKLUMAT BENGKEL

Bengkel Pengurusan Kewangan ini khas dianjurkan oleh pihak Ghazali Ismail Consultancy bagi membantu lebih ramai golongan yang mempunyai masalah dalam menguruskan kewangan secara teratur.

Ramai yang sekarang ini menghadapi masalah dengan gaji mereka yang mereka rasakan terlalu kecil akibat dari bebanan hutang yang besar, dan mula berusaha mencari pendapatan sampingan siang atau malam demi untuk memenuhi keperluan bulanan.

Bengkel selama 1/2 hari ini akan menekankan tentang:
  • Kaedah mudah kuasai kewangan
  • Langkah penyelesaian hutang
  • Punca2 pendapatan yang wajib kita ketahui
  • Memaksimumkan simpanan
  • Kenali dan kuasai pelaburan
Daftar segera jika anda ingin menjadi seorang yang mempunyai kebebasan kewangan dalam hidup. Pengisian bengkel ini yang dikendalikan oleh En Mohammad Al Ghazali Ismail(AFPM), seorang Perancang Kewangan yang diiktiraf oleh Financial Planner Association Malaysia(FPAM) dan pelajari kaedah pengurusan kewangan dengan cara yang betul.

Siapa yang patut hadir ke bengkel ini?
  • Mereka yang mempunyai masalah menyelesaikan hutang
  • Mereka yang tidak berjaya menyimpan walau hanya RM1,000 sebulan
  • Mereka yang mempunyai rekod CTOS/CCRIS
  • Mereka yang terfikir untuk menyertai AKPK
Yuran pendaftaran hanyalah sebanyak RM20 seorang bagi kali ini. Dengan nilai sekecil ini, anda mampu untuk ubah kedudukan kewangan anda dimasa hadapan.

Tarikh : 29 Sept 2018
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Tempat : Beautness Centre & Studio Pelangi Semenyih, Taman Pelangi Semenyih 2, Semenyih
Yuran : RM20 (CIMB Acc: 8001318801 - Mohammad Al Ghazali Bin Ismail)

Daftar segera kerana tempat adalah terhad. Sila klik link "Daftar" di bawah untuk mendaftar. Link pendaftaran ini akan ditutup bila-bila masa sebaik sahaja penyertaan bengkel ini penuh.


Bengkel
Tarikh
Tempat
Pendaftaran
Bengkel Pengurusan Kewangan Sept 2018
29 Sept 2018
Beautness Center & Studio Semenyih, Taman Pelangi Semenyih 2