Monday, 17 September 2018

RUGI MAIN KUTU YANG ORANG TAK TAU


Dah berzaman permainan kutu ni berlangsung, dan macam jenis kutu yang dah wujud. Ada KUTU PERIUK NOXXA, KUTU TUPPERWARE, KUTU STEAM IRON, sampai berKUTU kepala nak ingat semuanya.
.
Tapi ALL TIME FAVERET adalah KUTU DUIT (selain kutu kat kepala). Permainan kutu duit ni memang dah wujud dari zaman persekolahan lagi. Bagus kutu ni selain membantu kita simpan duit, membantu juga kita berdisiplin, dan paling best sekali, once dapat…tudia, SEKEPOK KAU.
.
Cuma ramai yang tak sedar ruginyer bermain KUTU ni. Kerugian terbesar sekali adalah MASA. Dalam istilah Financial adalah “TIME VALUE OF MONEY”. Kerana kerugian masa yang kita habiskan dengan duit yang tak berkembang tu.
.
Contohnya anda main kutu untuk tempoh setahun dengan nilai bulan2 anda sebanyak RM200.

200 x 12 = RM2400

Untuk tempoh setahun, anda cuma akan terima RM2400 bersih. 
.
.
Tapi jika anda faham teknik yang dipanggil COMPOUNDING, dengan jumlah yang sama, anda boleh terima sekurang2 nya RM2490 dengan kadar dividen 7% setahun.
.
Sikit?
.
Kalau RM2000 sebulan? Dah boleh dapat RM24,900. Tak ke dapat RM900  FREE2? Sapa nak bagi?
.
So nak main KUTU ke nak menyimpan?
.
"Tapi saya tak boleh la nak menyimpan tiap2 bulan, takde disiplin"
.
Tepuk dada, tanya hati. Kalau anda boleh disiplin tiap2 bulan bagi duit kat "Mak Kutu", kenapa tak jadikan institusi kewangan sebagai "MAK KUTU ANGKAT"? "MAK KUTU ANGKAT" ni tak lari mana2, tapi "Mak Kutu" korang kalau gelap mata tengok duit?


P/S: Saya akan kongsikan teknik COMPOUNDING ni dalam entry yang lain.