Sunday, 9 September 2018

TEKNIK MUDAH KAWAL BELANJA YANG TAK DIAJAR KAT SEKOLAH



Rata-rata lingkungan umur 23 - 27 tahun ni merupakan peringkat baru lepasan IPT dan baru menceburkan diri dalam dunia pekerjaan samaada kerajaan ataupun swasta.

Sebenarnya peringkat inilah di mana iman dah start goyang dengan godaan aweks2 cun dan juga abam2 hensem yang akan offer "kad plastik pakai dulu bayar kendian" kat pusat2 membeli belah ni.

Dan tak dinafikan ramai yang dah mula kecundang di peringkat ni atas sebab baru merasa ada jumlah yang besar tiap2 bulan masuk ke dalam "kocek" anda berbanding masa belajar yang cuma sekali dalam satu semester.

Ditambah pulak dengan kemudahan kad plastik ni, makin ligatlah aktiviti sopping yang dulu nyer cuma "sopping tingkap" masa belajar2.

Bagi yang dah meningkat usia sedikit atau dah mula ada berkongsi hidup, mungkin dah kuat sikit iman nya berbanding yang tido malam sorang2 nih. Dah mula buat bajet bulanan, dah mula fikir masa tua macam mana.

Alhamdulillah la mana yang dah ke arah tu, mana yang belum lagi tu, minta tolong lah sedar cepat sikit yer.

Saya nak kongsikan satu teknik mudah yang anda mungkin tak pernah belajar masa kat sekolah atau kat mana2 lagi di luar sana. Dengan teknik mudah ni, anda mampu kawal belanja bulan anda dengan baik dan kalau anda konsisten lakukan,  jangan terkejut kalau selalu ada duit lebih tiap hujung bulan.

Ikuti 5 langkah mudah ni untuk anda atur semula perbelanjaan anda:


Pertama : Bezakan antara belanja, hutang dan simpanan. Tiap2 bulan sila asingkan duit belanja, duit untuk bayar hutang dan juga simpanan. Letakkan jumlah yang tertentu untuk setiap tujuan tu.

Contoh nya:

Gaji : RM5,000.00
Simpanan : RM1,500.00
Hutang : RM1,800.00
Belanja : RM1,700.00


Kedua : Perbelanjaan ni asingkan pada 7 bahagian utama setiap bulan dan jadikan dalam bentuk jadual seperti di bawah (Jadual A):

(Bulan / Tahun) : ________ / ________


Kategori
Jumlah (RM)
Rumah

Pengangkutan

Perbelanjaan Harian

Kecantikan & Kesihatan

Pendidikan

Keperluan Persendirian

Lain-lain

Jumlah Perbelanjaan



Ketiga : Sediakan satu lagi jadual dan catat belanja harian anda seperti di bawah (Jadual B) sebagai contoh:


Tarikh
Butiran Perbelanjaan
Jumlah
Kategori
1/8/2018
 Petrol
 50
 Pengangkutan
 1/8/2018
 Topup Touch N Go
 100
 Pengangkutan
 2/8/2018
 Topup Prepaid
 10
 Keperluan Persendirian
 2/8/2018
 Belanja sekolah anak
 3
 Pendidikan
 3/8/2018
 Bayar bil elektrik
 80
 Rumah
 3/8/2018
 Belanja sekolah anak
 3
 Pendidikan
 4/8/2018
 Beli ubat gigi
 11.40
 Kecantikan & Kesihatan
 4/8/2018
 Belanja sekolah anak
 3
 Pendidikan





Lebih terperinci anda isi, lebih baik lagi kawalan perbelanjaan anda. Contohnya anda membeli barang kegunaan rumah di pasaraya, tuliskan setiap item yang anda beli. Ini boleh dijadikan rujukan pada masa depan, samaada harga barang itu murah atau mahal.


Keempat : Kira semula jumlah perbelanjaan anda setiap kali hujung bulan yang anda tulis dalam Jadual B untuk setiap kategori dan masukkan jumlahnya pada Jadual A. Seperti contoh di atas, lepas dikira2, Jadual A anda akan jadi:

(Bulan / Tahun) : Aug / 2018

Kategori
Jumlah (RM)
Rumah
80
Pengangkutan
150
Perbelanjaan Harian
-
Kecantikan & Kesihatan
11.40
Pendidikan
12
Keperluan Persendirian
10
Lain-lain
-
Jumlah Perbelanjaan
263.40

Kelima : Ulangi langkah 1 -4 setiap bulan.


Dalam masa 2-3 bulan, anda akan dapat melihat perbezaan perbelanjaan anda dan anda boleh menentukan berapa sebenarnya bajet untuk anda belanja setiap bulan. Mudah kan?

Jangan lupa kongsikan tips perbelanjaan ni pada kawan2 anda. Nak dapatkan softcopy fail? Boleh download kat sini.