
Pernah tengok bebola salji/snowball? Ibarat namanya, konsepnya bermula dengan seketul salji yang kecil dan lagi lama bebola salji ni bergolek, makin besar jadinya.
Begitu juga dengan hutang, dan ini salah satu teknik bagaimana nak selesaikan hutang dengan lebih efektif.
Dalam posting saya tentang 9 Langkah Bebas Hutang di facebook saya, salah satu daripadanya adalah Buat “Game Plan” iaitu bagaimana kita nak selesaikan hutang-hutang kita.
Ini salah satu dari berbagai “Game Plan” yang anda boleh gunakan untuk selesaikan hutang-hutang anda. Teknik ni amat berkesan jika kita mempunyai 2 atau lebih hutang.
Teknik ni takde kesan MAGIK atau AJAIB, tapi tentang macam mana kita nak uruskan hutang dengan cara yang betul. Kesannya bukan lah boleh nampak serta merta, tapi dari masa ke semasa. Yang penting, jangan terburu2 dan sentiasa konsisten.
Untuk gunakan teknik ni, anda perlu terlebih dulu, kenalpasti hutang2 yang anda ada dan baki setiap hutang2 yang perlu anda selesaikan.
Contoh anda mempunyai 5 hutang yang berbaki seperti berikut:
- Kad kredit 1 : RM5,000.00
- Kad kredit 2: RM2,000.00
- Kereta : RM20,000.00
- Pinjaman Peribadi : RM10,000.00
- Rumah : RM112,000.00
Lepas dah kenalpasti hutang2 ni, susun dalam bentuk jadual seperti dibawah:
| Hutang | Baki | Bayaran Minimum | Bayaran Bulanan |
| Kad Kredit 1 | RM5,000.00 | RM250.00 | RM280.00 |
| Kad Kredit 2 | RM2,000.00 | RM100.00 | RM120.00 |
| Kereta | RM20,000.00 | RM590.00 | RM600.00 |
| Pinjaman Peribadi | RM10,000.00 | RM200.00 | RM250.00 |
| Rumah | RM112,000.00 | RM550.00 | RM580.00 |
| Total | RM1,830.00 |
Anda rasa anda nak cepat selesaikan hutang anda, jadi anda bayar lebih sikit dari minimum setiap bulan. Tapi ini bukan tindakan yang cukup bijak, sebab kalau anda tak bayar sekurang-kurangnya 2 kali ganda dari bayaran minimum bulanan, hutang anda tak bergerak dengan cepat.
Dengan teknik Snowball/Bebola Salji ni, apa yang anda perlu lakukan adalah:
- Kenalpasti hutang yang bayaran bulanannya paling rendah.
- Tetapkan bayaran bulanan minimum untuk hutang2 yang ada nilai yang besar.
- Kira berapa baki lebihan dari bajet bulanan anda untuk bayar hutang.
Mengikut contoh di atas, susunan hutang anda akan jadi seperti ini:
| Hutang | Baki | Bayaran Minimum | Bayaran Bulanan |
| Kad Kredit 1 | RM5,000.00 | RM250.00 | RM250.00 |
| Kad Kredit 2 | RM2,000.00 | RM100.00 | RM100.00 |
| Kereta | RM20,000.00 | RM590.00 | RM590.00 |
| Pinjaman Peribadi | RM10,000.00 | RM200.00 | RM200.00 |
| Rumah | RM112,000.00 | RM550.00 | RM550.00 |
| Total | RM1,690.00 |
Sekarang anda dah ada lebihan bulanan sebanyak RM140 (RM1830 - RM1690).
Apa yang anda perlu buat sekarang, tambahkan lebihan duit anda sebanyak RM140 pada hutang Kad Kredit 2 (bayaran bulanan paling rendah). Jadi bayaran bulanan bagi Kad Kredit 2 anda sekarang jadi RM240 (RM100 + RM140). Hutang yang lain anda cuma perlu bayar dengan Bayaran Minimum sahaja.
Kekalkan bayaran setiap bulan sehingga anda selesai membayar hutang Kad Kredit 2 anda (dengan syarat anda tidak menambahkan hutang kad kredit tersebut).
Setelah menyelesaikan hutang pertama ini, anda akan ada lebihan bajet sebangak RM240 untuk hutang2 anda. Sekarang anda ada 2 pilihan:
- Pilih hutang berikutnya yang jumlah paling kecil (Kad Kredit 1)
- Pilih hutang berikutnya dengan bayaran yang lebih rendah (Pinjaman Peribadi)
Bagi contoh di atas, saya cadangkan buat bayaran pada hutang Kad Kredit 1.
Kenapa?
Kerana, mengikut psikologi, lebih kurang jumlah cabang hutang anda, anda akan rasa semakin kurang beban hutang anda. Anda boleh menyelesaikan hutang Kad Kredit 1 dengan lebih cepat jika dibandingkan hutang Pinjaman Peribadi.
Ulang seperti langkah di atas dengan membuat bayaran pada Kad Kredit 1 anda dengan lebihan duit anda tadi sebanyak RM240 setiap bulan hingga selesai.
Seterusnya..
Anda hanya perlu ulangi langkah yang sama bagi setiap hutang, dan bila anda telah pun selesai semua hutang anda, anda akan ada lebihan sebanyak RM1,690 ke dalam poket anda. Seronok kan?
Kalau seronok, sila kongsikan pada kawan-kawan/sahabat anda. Semoga lebih bermanfaat kepada lebih ramai orang.
**Contoh di atas tidak mengambil kira kadar faedah bank dan susut jumlah hutang anda.